BinGit FM

Search

Hulubalang

Khamis, 2 Februari 2012

Beruntungnya Wanita Dicipta Mempunyai Rahim


Wanita itu telah diciptakan oleh Allah SWT dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan yang tiada pada seseorang lelaki di muka bumi ini.
Allah SWT telah meletakkan perbezaan sifat, perasaan dan fizikal antara seorang lelaki dengan seorang wanita amatlah berbeza.
Wanita telah dicipta dengan mempunyai rahim dalam tubuh badan di mana kehebatannya membuatkan seorang wanita itu boleh mengandung dan melahirkan bayi melalui organ peranakan itu.
Dengan rahim itulah, seseorang wanita mendapat keuntungan sepanjang kehidupannya berbanding lelaki.
Antara kelebihan yang telah Allah SWT gariskan dalam Islam ialah, wanita telah bekerja dengan Allah dengan menjadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan wanita telah diberi cuti ‘bergaji penuh’ iaitu antara tujuh hingga 15 hari dalam sebulan yang meletakkan dirinya tidak wajib untuk menyembah Allah SWT dan dianggap waktu itu solatnya adalah terbaik buat dirinya.
Selain itu, wanita juga mendapat kelebihan cuti bersalin selama 60 hari di mana cuti itu bukanlah cuti yang dibuat-buat. Sebaliknya, cuti yang telah Allah SWT berikan selepas sembilan bulan ‘bekerja’ dengan Allah SWT. Berbeza dengan kaum adam, mereka tidak diberi cuti solat dan hukum menunaikan solat itu wajib bagi dirinya semenjak baligh hinggalah ke akhir hujung nyawa.
Allah SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa sepanjang dia mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya dan terhapuslah segala dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak. Malah, sekiranya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap mati syahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga oleh Allah SWT.
Bagi wanita yang telah bersuami, si isteri akan mendapat ganjaran pahala di atas segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya tetapi tidak menanggung dosa-dosa yang suami lakukan.
Malah, ketika di akhirat nanti, wanita solehah pasti akan terkejut apabila mendapat ganjaran pahala yang berlebihan hasil dari kebaikan yang dilakukan suaminya ketika hidup di dunia dan segala pahala itulah yang dapat membantu suaminya ketika sedang meniti titian Siratulmustaqim untuk menuju masuk ke syurga.
Manakala, suami pula tidak akan pernah terlepas dari tugas-tugas berat untuk mendidik isteri dan anak-anak dari melakukan sebarang dosa kerana di akhirat kelak, suamilah yang akan bertanggung jawab di atas segala kejahatan yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak.
Oleh itu, setiap wanita haruslah menjaga kehormatan diri dan sentiasa taat kepada suami agar sama-sama tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam syariat Islam.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk ‘diluruskan’ oleh lelaki. Tetapi, seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok boleh menghasilkan bayang yang lurus. Luruskan wanita itu dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah SWT kerana sememangnya mereka diciptakan sebegitu rupa.
Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki menjadi huru hara. Lelaki pula, janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kapadaNya.
KLIK DISINI"Beruntungnya Wanita Dicipta Mempunyai Rahim"

Adakah Anda Sedang stress? lakukan ujian.

Assalamualaikum dan apa khabar, saya harap anda semua sihat. kali ini saya hendak berkongsi sedikit info mengenai Stress. Hanya untuk rujukan dan mereka yang memerlukan, jadi kalau ada masa luangkan lah sedikit untuk membaca aktikel ini. Kerana membaca juga bagus untuk kesihatan minda kita.


Apa itu stress??
Berikut adalah beberapa Penjelasan (definisi) mengenai Stress
  • Stress ialah keadaan atau perasaan yang dialami apabila seseorang berasa tuntutan melebihi kemampuan peribadi dan daya soisal yang mampu di gerakkannya
  • Stress ialah suatu tindak balas bukan spesifik tubuh terhadap rangsangan yang diterima. Rangsangan tersebut boleh jadi ancaman , cabaran atau sebarang perubahan yang memerlukan tubuh membuat penyesuaian. tinda balas ini automatik. Stress yang positif dikenali sebagai 'eustress' sementara stress yang negatif dikelali sebagai 'distress'. (Dr. Hans Selye dan Philip W. Long, 1995).
  • Stress ialah persepsi dan pernilaian individu terhadap persekitaran. Setiap individu mempunyai pandangan yang unik terhadap persekitaran. Oleh itu, Aspek persekitaran tertentu mungkin dianggap signifikan dan menyebabkan stress oleh segolongan individu namu tidak memberi kesan terhadap segolongan individu lain (Sharpe robert, 1995).
Ujian Stress:


Kalau anda melihat gambar bulatan diatas bergerak ini bermakna Anda sedang stress, anda perlukan rehat yang cukup. Hakikat nya gambar tersebut tidak bergerak. Bagaimana strategi terbaik untuk menangani Stress? iaitu mengubah gaya hidup yang sihat, seperti melakukan senaman rutin, meditasi (fisiologi) dan Tidur yang cukup. Selain dari fizikal, mental harus juga dijaga dengan mengubah cara berfikir daripada negatif kepada positif.
  Kita perlu sedar bahawa stress memang sukar untuk dielakkan. Stress yang berlaku sekarang akan berterusan tanpa mengira jantina, umur, kelas sosial, profesional dan zaman. stress tidak semestinya membahaya malah boleh menjadi Aset selagi stress tersebut dapat dikawal oleh kita sendiri. Walau bagaimanapun, memandangkan kebanyakan stress menyebabkan impak yang tidak diingini dan tidak dapat dielakkan, Adalah penting untuk individu tahu menangani stress dengan sewajarnya

Sekian, Wallahualam.

KLIK DISINI"Adakah Anda Sedang stress? lakukan ujian."

Rabu, 1 Februari 2012

Lelaki lebih terdedah pada diabetes jenis 2



SEORANG pengkaji dari Universiti Glasgow, Scotland, Profesor Naveed Sattar berkata lelaki lebih terdedah kepada penyakit diabetes jenis 2 berbanding wanita disebabkan faktor biologi dan pemakanan.

Kenyataannya itu berdasarkan kajian terhadap 51,290 lelaki dan 43,137 wanita di Scotland dengan mengambil kira berat badan, faktor kegemukan serta indeks jisim badan (BMI) mereka.

Kata Sattar dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Diabetologia itu, kebanyakan lemak lelaki tersimpan di dalam organ seperti limpa dan buah pinggang manakala wanita di pinggul dan muka.

Diabetes jenis 2 terjadi disebabkan terlalu banyak gula dalam badan hingga merosakkan buah pinggang dan organ lain.

Katanya lagi, penyakit itu dapat dicegah dengan mengurangkan berat badan berlebihan, makan makanan yang sihat dan seimbang selain selalu bersenam.
KLIK DISINI"Lelaki lebih terdedah pada diabetes jenis 2"

Selasa, 31 Januari 2012

ASTEROID MENDEKATI BUMI, DIYAKINI TIDAK MEMBAHAYAKAN BUMI

Gambar hiasan kredit by: NASA
Washington - Sebuah asteroid berukuran bas nyaris melanggar bumi pada Jumat (27/1). Asteroid ini berhasil melewati bumi pada jarak terdekat, yakni hanya sekitar 60 ribu km dari bumi.

Asteroid yang diberi nama 2012 BX34 ini, memiliki diameter sekitar 6 hingga 19 meter. Asteroid ini tertangkap oleh teleskop para ilmuwan luar angkasa di Arizona, Amerika Serikat, pada Rabu (25/1). Pada Jumat (27/1) sekitar pukul 15.00 waktu GMT, asteroid ini berada pada jarak terdekat dengan bumi, yakni sekitar 60 ribu km.

"Ini nyaris saja. Asteroid tersebut tercatat dalam daftar 20 teratas dalam jarak terdekat asteroid yang pernah diamati," ujar Wakil Direktur Minor Planet Center, Gareth Williams kepada kantor berita AFP, Sabtu (28/1/2012).

Sebenarnya pada Kamis (26/1), NASA telah mengumumkan melalui Twitter bahwa asteroid tersebut akan melintasi bumi dengan aman pada 27 Januari. Williams menyatakan, bahwa ukuran asteroid tersebut tergolong kecil dan hanya bisa terdeteksi ketika berada dekat dengan bumi.

"Asteroid ini berada pada jarak seperenam kali jarak bumi dari bulan. Pada beberapa tahun terakhir, kami telah mengesan 30 objek yang mendekati bumi dengan jarak sejauh orbit bulan," terang Williams.

Dengan jarak yang sedemikian dekat, Williams menegaskan, asteroid ini tidak akan menabrak bumi. Dan melihat pada ukurannya yang begitu kecil, asteroid ini tidak memberikan ancaman besar bagi keberlangsungan bumi.

"Objek ini sangat kecil, kalaupun dia menabrak kita lain waktu, dia tidak akan bertahan utuh saat melintasi atmosfer bumi. Objek dengan ukuran sebesar itu -- 6 hingga 19 meter -- biasanya akan hancur ketika memasuki atmosfer. Yang tersisa mungkin hanya sebagian kecil - atau bisa juga seukuran bola sepak - ataupun seukuran batu yang jatuh ke bumi sebagai meteor," jelasnya.

Pada November tahun lalu, sebuah asteroid dengan diameter 400 meter mendekati bumi. Asteroid ini melewati bumi dengan jarak sekitar 324.600 km. Lalu pada tahun 2008, sebuah asteroid berukuran kecil berhasil memasuki atmosfer bumi dan jatuh di wilayah padang pasir Nubian, Sudan

Asteriod ini boleh dicerap atau dilihat menggunakan teleskop biasa,jika cuaca baik sekitar jam 11 malam ini atau Jam 3 pagi nanti..kepada anda yang ingin melihat bolehlah melihatnya.

KLIK DISINI"ASTEROID MENDEKATI BUMI, DIYAKINI TIDAK MEMBAHAYAKAN BUMI"

Bahaya Minuman 3 in 1

Sumber: kosmo Online


Assalamualaikum dan apa khabar Semua? Panglima Harap anda semua sihat, Ok kali ini Panglima nak berkongsi sedikit mengenai keratan akhbar dari kosmo di atas tentang "Bahaya Minuman 3-in-1" seperti yang sedia maklum, bagi orang yang kehidupan mereka yang sentiasa sibuk 3-in-1 ini menjadi Sumber menjimatkan  waktu untuk membuat Air minuman, kerana mudah dan cepat. Seperti Panglima juga adalah penggemar minuman 3-in-1 ni kalau nak bersekang mata waktu malam tengok perlawanan bola sepak di televisyen serta online melayari laman sosial mesti ada gelas dekat sebelah menemani hehehe.. tu dulu,tetapi selepas mendapat teguran dari rakan dan beliau menerangkan kepada Panglima tentang bahaya minum 3-in-1 ni Panglima cuba kurangkan untuk minum, kalau cakap takde minum tu tipu juga tetapi jarang dah.
  


 info mengenai kandungan 3-in-1:
  • Mengandungi lebih tiga sudu gula dalam setiap pek
  • Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut
  • Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
  • Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam
  • Setiap pek turut mengandungi sehingga 200 kalori
  • Jumlah kalori sama dengan dua keping roti atau nasi
  • Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan
  • kandungan untuk meningkat kan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar diperoleh
Sumber: Program Diatetik Pusat pengajian Sains Kesihatan. Universiti sains Malaysia
 Kepada yang gemar minum 3-in-1 ni kalau boleh kurangkan minum dan belajarlah membuat Air kopi, teh atau jus lepas ni, walau pun kurang enak "hentam saja lah belalang janji hitam macam kopi (nujum pak belalang)" .  setakat ini je aktikel yang dapat Panglima kongsi kan harap kita berjumpa lagi, Jikalau ada kesilapan penulisan ini panglima minta maaf yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari kita, 


Sekian, Wallahualam



KLIK DISINI"Bahaya Minuman 3 in 1"

Akhirnya...

Assalamualaikum dan hai kepada pengunjung yang tengah menbaca ruangan ini, sebenarnya panglima baru sahaja selesai membuat apa yang anda saksikan sekarang dekat blog ni hehehe... takde apa pun yang menarik sebenarnya setakat ini, tetapi memang agak penat lah sedikit nak menghias rumah baru ni, seperti kita pindah rumah juga hehehe... tapi kali ini bukan Panglima seorang je yang menghias, turut dibantu lagi oleh kawan karib Panglima iaitu Mohammad Zakaria atau lebih dikenali dikalangan rakan-rakan lain iaitu "Abom" memang dah lama kenal dan seorang bloger yang aktif,pencipta lagu dan penulis lirik, serba sedikit beliau banyak mengajar Panglima tentang menbuat Blog, Terima kasih sangat kat brother Abom kalau ada rezeki nanti ke kuching kena balanja dia nampak nya hehehe... Insyallah jikalau sudah kerja hias Blog ni selesai  Panglima akan kenalkan anda semua dengan Abom ni.
 Ok Panglima pun dah penat... sekarang dah tengah malam mata dah pun pedih, jadi Panglima harus mengundurkan diri seketika kerana hendak beradu, esok banyak lagi tugas yang menanti selain membuat blog ni... terima kasih juga dengan anda yang sudi menjenguk panglima disini, semoga kita berjumpa lagi untuk penulisan yang akan datang...
KLIK DISINI"Akhirnya..."

Isnin, 30 Januari 2012

Pengenalan

Assalamualaikum dan apa khabar semua? saya harap anda semua sihat ketika membaca apa yang saya tulis ketika ini hehehe... penulisan saya kali ini agak ringkas sebenarnya untuk post pertama saya, maklum lah rumah baru banyak benda yang perlu dibuat.. lagi pun saya tengah bekerja juga sekarang ini... tapi Alhamdulillah.. ketika blog ini masih lagi pembikinan, saya di bantu oleh 2 orang rakan blogger saya iaitu Fiza (adik kesayangan).. walau pun demam sudi juga membantu dan seorang lagi Nur hazirah yang sekarang ini tengah kerja hehehe... terima kasih buat mereka berdua jasa korang tetap dikenang Panglima Putih
  kepada pengunjung yang baru tengok blog ni terima kasih juga, walau pun ini adalah aktikel pertama, saya harap anda sudi lagi berkunjung ke sini.. setakat ini saja yang mampu saya lakukan buat masa ini, saya harap kita berjumpa lagi :)
KLIK DISINI"Pengenalan"