BinGit FM

Search

Hulubalang

Jumaat, 10 Februari 2012

Makluman Untuk pembaca


Assalamualaikum dan Apa khabar untuk pembaca Blog, kali ini saya takde aktikel untuk ditulis sebenarnya sekadar ingin memaklumkan yang saya akan berehat seketika untuk berkongsi aktikel di ruangan ini. Sebab saya akan menjalani khursus Fasilitator anjuran kerjasama Biro Pendidikan Majlis Agama Islam Sarawak dan Hikmah, jadi untuk beberapa hari ini saya tidak ada kesempatan untuk berkongsi Aktikel.
 Insyaallah.. selesai saja saya menjalani khursus nanti kita akan bertemu di ruangan ini kembali. Dengan izin Nya  . Saya juga bersyukur kerana Kerana dipilih untuk menjalani bengkel ini kerana penyertaannya agak terhad, disebabkan faktor penginapan juga. Satu lagi sebab yang saya inginkan ialah berjumpa dengana Fasilitator Senior kerana mereka ini banyak pengalaman yang ada mahu dikongsikan bersama kami yang masih mempelajari untuk menjadi fasilitator yang boleh memberi manfaat kepada anak bangsa nanti. jadi setakat ni je yang mampu saya maklumkan kepada pembaca di ruangan ini kerana hendak bersiap ke masjid untuk solat Jumaat

Sekian, Waallahualam.







KLIK DISINI"Makluman Untuk pembaca"

Khamis, 9 Februari 2012

Selidik Sebelum Bertunang



Gambar Hiasan




KES putus tunang atau membatalkan perkahwinan yang dirancang kerap berlaku dalam masyarakat. Dalam banyak kes, ia diselesaikan dengan baik, biarpun salah satu pihak pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pembatalan itu. 

Ikatan pertunangan adalah satu perjanjian yang mana pihak lelaki dan perempuan bersetuju untuk berkahwin pada masa depan dalam tempoh dipersetujui. Dalam masyarakat Melayu, proses meminang diadakan secara beradat yang membabitkan merisik sebelum majlis meminang.
Merisik sebelum meminang adalah tuntutan agama. Tidak semestinya diadakan acara rasmi seperti biasa diadakan. Apa yang dikehendaki ialah maklumat mengenai perempuan yang bakal dipinang.
Biasanya merisik bertujuan bagi pihak lelaki mengetahui mengenai perempuan hendak dipinang. Pada masa sama juga pihak perempuan boleh bertanya mengenai lelaki yang masuk merisik itu. 

Pengumpulan maklumat kedua-dua pihak amat penting bagi memastikan tidak ada perkara yang sengaja disembunyikan. Banyak kes putus tunang disebabkan tidak mengetahui identiti sebenar pasangan masing-masing. 

Sikap menyembunyikan fakta diri atau sengaja menyatakan perkara yang tidak tepat membawa kesan buruk hingga mendatangkan tidak puas hati yang membawa kepada putus pertunangan. 

Kes putus pertunangan memberi kesan buruk, lebih-lebih lagi jika berlaku ketika waktu perkahwinan terlalu hampir. Persiapan majlis perkahwinan diadakan dan tetamu sudah diundang. Pembatalan perkahwinan pada saat-saat akhir bukan saja mengecewakan bakal pengantin, tetapi seluruh ahli keluarga. 
Mereka bukan saja menanggung kerugian kewangan menyediakan persiapan perkahwinan, tetapi juga maruah turut tercalar dan menerima aib pada mata masyarakat. 

Antara punca putus pertunangan ialah adanya gangguan pihak ketiga. Sikap mengatakan ‘baru bertunang, belum kahwin lagi’ sebagai gambaran bahawa ikatan itu mudah diputuskan amat ditegah oleh agama. Memang ikatan pertunangan tidak sekuat ikatan perkahwinan, Islam tetap menegah perkara itu dibuat main-main. 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Oleh itu tidak halal dia membeli pembelian saudaranya, dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim). 

Jelas sekali, haram bagi lelaki masih menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang. Begitu juga, perempuan yang menjadi tunangan orang, jangan sekali-kali terpikat kepada lelaki lain. 

Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan sudah bertunang samalah seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan yang sama. Akibatnya boleh menyebabkan permusuhan berpanjangan yang memutuskan persaudaraan. 

Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang selepas ikatan pertunangan dibatalkan oleh pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui pihak lelaki. 

Perempuan yang bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan tunangnya. Keadaan ini berlaku jika tunangnya bersedia memutuskan pertunangan dan mengetahui ada lelaki lain ingin meminang tunangnya. 

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehinggalah lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya, atau mengizinkannya.” (Hadis riwayat Bukhari). 

Memutuskan pertunangan tanpa kerelaan satu pihak lagi bermakna tidak menunaikan janji ingin berkahwin. Dalam Islam menunaikan janji adalah sesuatu amat dituntut. Sesiapa tidak menunaikan janji termasuk melakukan perbuatan munafik. 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tiga perkara, sesiapa yang berada di dalamnya, maka dia adalah munafik, walaupun dia berpuasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim. (Perkara itu ialah) Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia memungkiri dan apabila dipercayai dia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

Ikatan pertunangan adalah janji secara dasarnya lahir daripada sikap saling mempercayai dan menghormati antara kedua-dua pihak yang mengikat janji. 

Tetapi dalam keadaan yang mana ada alasan kukuh dan demi untuk kebaikan, ikatan pertunangan boleh diputuskan dengan persetujuan kedua-dua pihak. Islam mengharuskan perbuatan itu atas dasar untuk mengelakkan keburukan jika pertunangan diteruskan dan lebih-lebih lagi apabila berkahwin. 

Dalam keadaan itu, kedua-dua pihak perlu berlapang dada dan tidak saling menyalahkan. 

Sebab itu, dinasihatkan agar pasangan bercinta atau perempuan dirisik jangan terburu-buru mengikat pertunangan. Ambillah sedikit masa untuk mengenali dan menyelidiki pasangan terlebih dulu 

Nabi Muhammad memberi panduan yang terbaik bagaimana mencari pasangan hidup. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dikahwini wanita itu kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka utamakan wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 


sekian. Waallahualam







KLIK DISINI"Selidik Sebelum Bertunang"

Rabu, 8 Februari 2012

Mengesan Jin atau syaitan dalam tubuh

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Hari ini suka saya nak kongsikan satu ayat yg di namakan AYAT RUQYAH yg mana ianya boleh mengesan diri kita ni ada JIN atau tidak (dlm badan kita la), juga boleh menghalau JIN atau SYAITAN dari tubuh badan kita.

Kalau komputer kita ada VIRUS kita selalu scan kemudian kita delete atau padamkan virus yg terdapat di dalamnya. Jika VIRUS itu yg susah nk dihapuskan kita akan hantar komputer kita ke kedai2 komputer untuk format semula komputer kita tu kan..

Sekarang kita nak SCAN diri kita pulak nk tahu samada dalam badan kita ada JIN atau tidak. caranya seperti ini:

1. Kita dengarkan video ayat ruqyah ini dgn earphone dgn volume yg paling kuat

2. Pejam mata dan jangan ikut bacaan ayat2 tersebut samada di mulut atau di dalam hati

3. SEKIRANYA… badan anda BERPELUH2, HATI ANDA BERDEBAR2, TERASA MULA , HENDAK MUNTAH, PENING, TERASA ADA YG BERGERAKI DI BAWAH KULIT ANDA, SENDAWA , MENGANTOK, BATUK JANTUNG BERDEGUP KENCANG…

ini beerti badan anda dihuni JIN..

sekiranya ini berlaku maka anda hendaklah berjumpa dengan ustaz2 yg ada di darus syifa.. jgn jumpa BOMOH atau PAWANG ye…syirik tu

JOm sedia..kita dengarkan AYAT RUQYAH ini..





Sekian. Waallahualam






KLIK DISINI"Mengesan Jin atau syaitan dalam tubuh"

Selasa, 7 Februari 2012

Al-Quran sebagai panduan hidup, sumber rujukan utama

Al-QURAN ialah Kitabullah terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan adalah ‘senjata’ paling mujarab, ubat yang paling mustajab dalam menyelesaikan segala permasalahan kehidupan. Di dalamnya penuh dengan nur hidayah, rahmat dan zikir-zikir serta panduan.
Sebagai kitab wahyu yang dipenuhi mukjizat dan keagungan yang tiada tolak bandingnya dengan kitab yang lain, maka bagi mengekalkannya dalam kehidupan kita, ia perlu dijaga dengan sentiasa membaca dan menghafal serta memahami isi kandungannya agar berada di dalam jiwa dan hati setiap muslim. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9 bermaksud, “Sesungguhnya Kamilah (Allah SWT) yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
Rasulullah SAW menggesa umatnya agar sentiasa membaca al-Quran dan mendalami dari segi bacaannya. Abu Zar RA pernah berkata bahawa beliau meminta Rasulullah SAW memberi pesanan yang berpanjangan, Rasulullah SAW bersabda: 

“Semaikan perasaan takwa kepada Allah SWT kerana ia adalah sumber kepada amalan-amalan baik. Aku meminta supaya Baginda menambah lagi, tetapkanlah membaca al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat.” 

Kita dapati sahabat Rasulullah seperti Uthman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas’ud, Ubay bin Kaab dan lain-lain lagi, mereka ini sentiasa membaca al-Quran dan mengkhatamkannya setiap hari Jumaat. Begitu juga amalan tradisi orang-orang tua kita dulu juga mewajibkan pendidikan al-Quran kepada anak-anak. 

Anak-anak tidak dibenarkan keluar rumah selagi tidak membaca al-Quran dan mereka mengamalkan pembacaan al-Quran setiap malam selepas waktu Maghrib secara beramai-ramai. Ini membuktikan mereka sangat mengambil berat mengenai pembacaan dan pendidikan al-Quran. 
Banyak hadis yang menjelaskan keistimewaan mereka yang sentiasa membaca al-Quran begitu tinggi dan mulia di sisi Allah SWT seperti dalam satu hadis qudsi yang mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatku daripada meminta-minta kepadaku, maka aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepada-ku itu. Dan kelebihan kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas makhluk-Nya.” 

Dalam satu hadis lain yang bermaksud: 

“Apabila seseorang dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran satu kali, 60 ribu malaikat memohon keampunan dari Allah SWT untuknya. Mereka yang menjadikan al-Quran sebagai bacaan utama setiap masa akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Setiap huruf yang dibaca akan dikira sebagai sepuluh pahala.” 

Sabda Rasulullah SAW: 

“Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajipan seumpamanya, tidak aku katakan (alif, lam, mim ) itu satu huruf, akan tetapi `alif’ satu huruf dan `lam’ satu huruf dan `mim’ satu huruf. ” (Riwayat Tirmizi) 

Mereka membaca al-Quran juga akan dinaikkan darjatnya di sisi Allah SWT seperti yang dikatakan oleh Amr bin Ash: 

“Barang siapa membaca al-Quran maka mereka akan dinaikkan ke darjat di kanan dan di kiri para nabi, melainkan tidak diturunkan wahyu kepada mereka saja. Muka pembaca al-Quran sentiasa berseri-seri, sentiasa dalam keadaan tenang dan kehidupannya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Ketika berada di alam kubur diluaskan kedudukannya serta mendapat syafaat di akhirat nanti. 

Hadith Rasulullah SAW: 

“Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya”. (Riwayat Muslim) 

Rasulullah SAW sentiasa mengutamakan sahabat yang membaca al-Quran dan yang menghafal dibandingkan dengan sahabat yang lain. Ini dibuktikan dengan tindakan Rasulullah SAW apabila menghantar sesuatu utusan, baginda akan memilih daripada kalangan sahabat yang banyak menguasai al-Quran sebagai pemimpin. 

Begitu juga ketika berhimpunnya para syahid yang terkorban untuk dikebumikan, Rasulullah SAW sendiri menguruskannya sehingga ke liang lahad dengan mendahului para syahid yang hafaz di kalangan sahabatnya. 

Sebagai umat yang beriman maka sewajarnya al-Quran dibaca, difahami dan dijadikan panduan dan sumber rujukan yang utama dalam apa juga kegiatan hidup sama ada dari sudut akidah, syariat dan akhlak, khususnya dalam menangani pelbagai permasalahan, cabaran semasa untuk mencapai kehidupan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. 

Namun persoalannya pada hari ini terdapat segelintir umat Islam yang lemah iman, goyah pegangan akidah dan akhlaknya menjadi kaku bibir dan kelu lidahnya untuk menyebut ayat-ayat Allah SWT dan keras hati apabila terdengar ayat al-Quran. 

Mereka lebih gemar mengalunkan dan mendengar nyanyian lagu yang melalaikan berbanding ayat al-Quran. Tidak kurang pula ada dikalangan kita yang hanya berbangga dengan menggantung ayat-ayat al-Quran yang mahal-mahal sebagai hiasan tanpa memahami erti dan pengajaran darinya. Lebih-lebih lagi amalan menggantung ayat al-Quran tertentu, kononnya sebagai pelaris perniagaan. 

Justeru, marilah sama-sama kita menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai gaya hidup. Kita mesti yakin bahawa al-Quran sahajalah yang mampu menjadi ubat dan penawar kepada segala jenis penyakit sama ada rohani atau jasmani yang sedang melanda masyarakat masa kini. 

Janganlah kita hanya membaca al-Quran pada masa tertentu saja seperti ketika dalam kesusahan, ketika sakit, ketika menghadapi saat kematian atau pada hari tertentu saja. 

Ibu-bapa perlulah memprogramkan penghayatan al-Quran dalam keluarga terutama kepada anak-anak dengan memperuntukkan masa seperti selepas solat Maghrib sebagai waktu membaca, mempelajari dan mentadabbur al-Quran. 

Mengambil usaha dengan menghantar anak-anak ke kelas pengajian al-Quran sama ada di surau dan masjid atau di kelas yang disediakan secara berguru. Di samping itu mempelajari al-Quran juga boleh dilakukan dengan cara mendengar bacaan di radio, kaset dan di media-media elektronik dan sebagainya. 

Mengakhiri artikel pada minggu ini, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Israa ayat 45 bermaksud: “Dan apabila kamu membaca al-Quran, Kami jadikan antaramu dan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, suatu dinding yang tertutup.” 
KLIK DISINI"Al-Quran sebagai panduan hidup, sumber rujukan utama"

Syirik zaman moden lebih bahaya pesong akidah tanpa disedari

SEBAHAGIAN orang mengira bahawa masalah syirik sudah tiada, tidak perlu dipersoalkan lagi. Mereka mengira daripada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Bukhari adalah jaminan bahawa umat Islam akan selamat dan bersih daripada unsur syirik. Jaminan daripada generasi sahabat memang benar, tetapi bukan generasi seterusnya apa lagi generasi sekarang. 

Syirik boleh dikategorikan kepada dua iaitu syirik tersembunyi dan syirik besar yang nyata. Syirik tersembunyi atau yang samar memang susah difahami seperti digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud: "Syirik yang menjangkiti umat ini lebih tersembunyi daripada seekor semut hitam yang merayap pada batu-batu hitam di tengah malam yang gelap." (Riwayat Ahmad).
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW menggunakan kata 'umat ini' iaitu umat Islam secara umumnya hingga menjelang kiamat kelak, sementara dalam hadis Bukhari digunakan kata 'kamu' yang ditujukan kepada para sahabat.
Masih banyak peringatan daripada Rasulullah SAW kepada umat akhir zaman terhadap bencana syirik. Bahkan Baginda tegaskan umatnya kelak ada yang mengikuti kaum musyrikin hingga berhala pun disembah. 

Rasulullah SAW bersabda ‘Kiamat tidak akan terjadi hingga sekelompok kabilah daripada umatku mengikuti orang-orang-orang musyrik dan hingga berhala pun di sembah.’ (Sahih Ibnu Hibban). 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud ‘Tidak akan terjadi hari kiamat hingga sekelompok kaum dari umatku kembali kepada berhala. Mereka menyembah berhala itu di samping Allah SWT.’ (Riwayat Abu Daud). 

Sembahan ini kalau zaman jahiliah berbentuk patung-patung atau berhala-berhala, sekarang boleh diwujudkan dalam kuburan-kuburan orang-orang salih, wali atau keramat, mereka pergi memuja atau memohon doa kepadanya. 
Gaya-gaya perilaku kaum musyrik kini memang banyak melanda kaum Muslimin. Di antaranya bersumpah dengan selain Allah, berqasidah yang penuh dengan bait-bait syirik, menguburkan orang salih dalam masjid, menjadikan kuburan sebagai tempat perayaan dan ibadah, melakukan nazar untuk para wali, menyembelih korban di kuburan wali, tawaf kuburan yang dianggap wali, bahkan ada yang bersujud kepada kuburan kiyai atau ulama. 

Saidatina Aisyah berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud ‘Malam dan siang tidak akan lenyap (terjadi kiamat) hingga Lata dan Uzza kembali disembah’.” (Sahih Muslim, Sunan Tirmizi, Musnad Ahmad). 

Syirik zaman moden sekarang yang tersembunyi lebih bahaya lagi bagi umat ini di mana seseorang mendambakan, mendewakan dan mengangkat orang lain bukan dari kelompoknya untuk diikuti dan diagungkan. Orang di luar Islam bekerjasama dengan orang-orang yang masih mengaku Islam, namun menjauhkan umat Islam dari akidah Islam sebenarnya melalui berbagai bentuk berupa: 

* Liberalisme Islam. Iaitu usaha jahat yang menghembuskan pemahaman bahawa agama Islam itu relatif sama benarnya dengan agama-agama lain. 

* Kemudian mereka menyebarkan pluralisme agama (semua agama sama menuju kepada keselamatan, hanya berbeza teknik, dan kita tidak boleh memandang agama lain memakai agama agama yang kita anuti). Pada hal itu hakikatnya kemusyrikan baru, tetapi pluralisme agama. Maka umat ini ramai dikelirukan oleh mereka. 

* Ketika Islam menyatakan hanya Islam yang benar, maka dianggap sebagai sumber konflik. Ini ertinya menguburkan agama Islam, tetapi seakan kedengaran tidak berbahaya, tetapi sebaliknya sangat berbahaya bagi umat Islam. 

Itulah yang dilakukan orang-orang di luar Islam bekerjasama dengan orang-orang liberal melalui berbagai-bagai saluran media yang kita ketahui. Semua itu pada hakikatnya adalah musuh Islam sebenarnya. 

Apabila orang-orang liberal mengusik Islam bahkan mengalihkan akidah Islam dari tauhid kepada kemusyirikan, hal itu sangat membahayakan umat Islam. 

Semoga Allah menyelamatkan kita daripada kemusyrikan yang amat berbahaya ini sesuai dengan firman Allah bermaksud: “Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayanya itu walaupun orang-orang yang kafir itu tidak menyukainya.” (Surah at-Taubah, ayat 32). 
KLIK DISINI"Syirik zaman moden lebih bahaya pesong akidah tanpa disedari"

Isnin, 6 Februari 2012

Misteri Yang Timbul Pada Mata



Assalamualaikum dan apa khabar semua, kali ini saya hendak berkongsi entri mengenai ilmu perubatan tentang mata iaitu "Misteri yang timbul pada Mata''. Setelah anda melihat pada gambar yang ditunjukkan diatas, Anda semua mungkin pernah mengalami dan tertanya apa yang bergerak pada mata ketika anda menumpu sepenuh nya terhadap benda yang dilihat. Kadang-kadang benda ini menganggu penglihatan kita sendiri, malah saya sendiri pun tertanya ketika zaman kanak-kanak dan geram melihat benda yang bergerak pada mata. Sehingga saya bermain untuk mengejar pada penglihatan saya tetapi tak dapat, ia lebih pantas bergerak bila kita tumpukan perhatian betul-betul. Itu kisah zaman kanak-kanak semuanya hendak dimain hehehe...
 
Jadi untuk mencari jawapan dan persoalan yang dicari sejak kecil lagi. Hari ini saya cuba mencari jawapan, benda yang timbul bergerak pada mata kita itu dikenali sebagai 'Eye Floaters'. Apakah 'eye floaters'?eye floater adalah kondisi biasa pada retina mata kita ketika "aging process" (sekitar umur 50 tahun keatas) dimana kita dapat melihat seperti wujudnya tompokan terapung (floating spot) sama ada berbentuk tompokan, garis2 lurus atau berlengkung, berbentuk O atau C pada penglihatan kita.Ini adalah akibat daripada perubahan yang berlaku pada kejernihan cecair Vitrous.
  
 Sebarang keadaan yang menjejaskan kejernihan vitreous humor boleh menyebabkan simtom- simtom floaters.Apabila usia bertambah, jeli vitreous secara semulajadi akan menjadi lebih cair dan menyebabkan terbentuknya ‘poket- poket` kecil  (vitreous syneresis) yang mengandungi cecair vitrous. Ruang di antara syneresis inilah yang kelihatan sebagai floaters.
 
 Selain itu, collagen fibre di dalam vitreous humor juga boleh menjadi tebal dan padat apabila usia bertambah dan menyebakan ia kelihatan sebagai floaters. Keadaan ini biasanya dialami oleh orang yang berusia 50 tahun ke atas. PVD (Posterior Retinal Detachment) pula berlaku apabila struktur gelatine vitreous menjadi kecut. 50% daripada orang yang berusia 65 tahun ke atas biasanya mengalami keadaan ini.
 
Selain itu, sebarang keabnormal di dalam mata juga boleh menyebabkan floaters seperti kewujudan sebarang bentuk sel di dalam vitreous, sel darah merah yang disebakan oleh pendarahan dan sel darah putih yang disebabkan oleh inflammation (keradangan)

 Floater tidaklah berbahaya  hanya mengganggu kosentrasi penglihatan kita, tetapi perlunya pemeriksaan doctor bagi memastikan kewujudan floaters itu tiada kaitan dengan abnormality mata lain yang boleh memudaratkan.

RAWATAN.
Kebanyakan floaters akan mengecil dan menjadi pudar dengan sendiri lama kelamaan. Floaters juga boleh berubah kedudukan menyebabkan bayangan menjadi lebih pudar. Selain itu, saraf dalam otak juga boleh menjadi ‘terbiasa’ dengan kewujudan floater dan mengabaikannya. Lama kelamaan ketidakselesaan yang berlaku disebabkan floaters akan berkurangan dan hilang.Sebenarnya , “there is no safe or proven method to get rid of the eye of the eye floater symptoms” yang di sebabkan oleh PVD (Posterior Retinal Detachment) dan (vitreous syneresis).

Walaupun terdapat sesetengah herba, vitamins dan produk yang mengandungi iodin dikatakan efektif dalam mengurangkan eye floaters, tiada satu pun yang mendapat pengesahan secara klinikal bahawa ia benar2 berkesan. Dalam sesetengah kes yang agak luar biasa dimana eye floater adalah akibat daripada sel darah putih dalam jeli vitreous yang terjadi daripada keradangan ataupun jangkitan kuman, ubat pencegahan keradangan atau antibiotics akan mengurangkan jumlah sel darah putih tersebut.

Rawatan oral seperti mnggunakan eyemo dan lain2 tiada memberi apa2 kesan pemulihan terhadap eye floaters secara klinikal.

Rawatan secara pembedahan.

Terdapat 3 jenis rawatan yang telah diperkenalkan untuk merawati eye floaters ni. Akan tetapi tiada bukti secara klinikal yang ia benar-benar berkesan.

1. pembedahan vitrectomy
2. pembedahan laser.
3.sutureless vitrectomy.

Sekian, Waallhualam
KLIK DISINI"Misteri Yang Timbul Pada Mata"

Jaga batasan bergurau senda elak guris perasaan

RASULULLAH SAW w bersabda, maksudnya: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!” (Riwayat Abu Daud) 

Gurau senda, berlawak atau jenaka amat digemari manusia. Ia boleh membuat orang ketawa, tersenyum dan rasa gembira walaupun hanya untuk seketika.
Gurau senda dan jenaka boleh menyenangkan hati kerana sifat manusia itu sendiri yang suka kegembiraan dan lapang dada.
Membuat orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah SAW juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat baginda. Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang digariskan oleh Islam seperti tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka terutama mempersenda sunnah Rasulullah SAW. 

Gurauan itu juga bukan satu cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya, gurauan juga bukan mengumpat seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendahkan maruahnya. 

Islam juga mengingatkan umatnya supaya tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan kerana dibimbangi akan melalaikan hati dan fikiran untuk mengingati Allah SWT. 

Islam turut menekan yang isi jenaka itu perlu benar dan tidak direka-reka, bersesuaian dengan masa, tempat dan khalayak kerana tidak manis bergurau ketika seseorang berada dalam kesedihan atau mengikut majlis. 
Sementara itu, jenaka yang boleh membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) perlu dijauhi kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati. 

Bagi umat Islam boleh mencontohi sifat Rasulullah SAW apabila ketawa kerana baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya saja, bukan ketawa berdekah-dekah, mengilai atau terkekeh-kekeh. Ia membawa maksud bahawa selaku seorang muslim, kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan walaupun berjenaka dan bergurau senda. 

Paling utama, umat Islam diharamkan bergurau senda dalam perkara lucah atau menjadikan perlakuan seks sebagai bahan berjenaka kerana ia akan menyebabkan dosa bagi orang yang berjenaka dan mendengarnya. 

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 
KLIK DISINI"Jaga batasan bergurau senda elak guris perasaan"

Sabtu, 4 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul bagi semua umat Muhammad S.A.W

Selawat dan salam bt junjungan nabi Muhammad s.a.w...mari Kita berselawat ke ats baginda dan mghyti perjuangan baginda s.a.w..

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

♥ ..Salam Maulidur Rasul.. ♥

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga"...(Hadis Riwayat Al-Sajary drpd Anas)

Ya ALLAH..,sesungguhnya kami merindui kekasihMU Muhammad S.A.W
KLIK DISINI"Salam Maulidur Rasul bagi semua umat Muhammad S.A.W"

Takut laknat Allah lebih baik, daripada laknat manusia

Assalammualaikum dan apa khabar kepada anda semua yang sudi singgah di Blog Panglima, kali ini saya berkongsi sedikit mengenai keratan akbar yang menarik perhatian saya. Iaitu mengenai Negara jiran kita Brunei, satu sebab juga mengapa saya berkongsi mengenai Negara jiran kita ini. Kerana saya pernah tinggal di Negara tersebut untuk mencari rezeki dan bertemu keluarga disana yang terpisah  hanya dengan sempadan negara sahaja, 'seperti air dicincang tak akan putus' dah nama keluarga kan? hehehe...
 Ok kita teruskan dengan tajuk utama yang berkaitan tentang ini, apa yang saya tahu sedikit untuk dikongsi bersama anda semua. Negara Brunei Darussalam merupakan Negara yang mengamalkan dasar pemerintahan "Melayu Islam Beraja (MIB)" Segala urusan pentabiran Negara ini diurus sendiri oleh Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah, Beliau sendiri juga adalah Perdana Menteri dan dibantu oleh menteri yang dilantik beliau sendiri bukan pilihan rakyat.

 Memetik keratan akbar diatas mengenai "Brunei Lebih Takut Laknat Allah" saya mengambil sedikit apa yang dikata oleh Menteri Hal Ehwal Agama Brunei Zain Serudin iaitu 'yang paling kami takuti laknat Allah. laknatnya bukan pada mereka yang melakukan nya sahaja tetapi semua yang berada di negara ini' alangkah baik nya jika semua permimpin di negara islam bersikap sebegini tidak tunduk dengan perintah manusia yang hanya mahu merosak Agama Islam itu sendiri malah patuh dengan perintah Allah S.W.T . Semoga negara ini mendapat Rahmat dari Allah.
Sekian, Waallahulam.
KLIK DISINI"Takut laknat Allah lebih baik, daripada laknat manusia"

Kerana Rm500 nilai kemanusiaan hilang

Assalamualaikum n selamat pagi untuk korang yang belum tidur lagi pada waktu ni, kali ini saya takde nak kongsikan aktikel berat. Sebab hari ini takde idea nak cari bahan untuk blog ni kepala otak dah memikirkan benda lain hehehe... cuma kali ini saya nak lebih santai je. ok beberapa hari ini saya agak sibuk juga nak buat blog ni lebih menarik, selain buat blog ini saya keluar juga untuk mencari bahan atau ilham dan terdetik di fikiran saya kali ini hendak berkongsi isu semasa keadaan di tempat saya sendiri. 
 Sekarang ini isu terhangat diperkata ialah mengenai BR1M ( Bantuan Rakyat 1Malaysia) semua orang tahu kan perkara ini? jadi benda yang saya nak cerita kan kali ini tentang sikap sesetengah manusia bila mendapat bantuan kerajaan ini, mungkin ada sesetengah tempat ada berlaku perkara yang saya ingin cerita kan ini. Sikap yang saya maksud kan ialah hanya ingin mendapat wang yang berjumlah RM 500 segelintir manusia ini hilang sikap sopan dan kejujuran. Negara kita malaysia ini negara kaya dengan adat, budaya dan kaum yang berbeza, tetapi bila dilihat pada hari ini benda tu seakan pupus oleh segelintir sikap manusia yang mementingkan kebendaan dari nilai murni.
 Mereka hilang pertimbang sangup membantah arahan dari pihak berkuasa yang menjalankan tugas ditempah pengagihan Kupon,yang paling menyedih kan melihat mereka. Apabila membiarkan warga emas serta Oku ini seperti tidak diperduli sangup bersesak dengan warga seperti ini, dimana hilang nya rasa hormat dan timbang rasa mereka antara 1 sama lain. Hanya kerana RM500, kekadang saya pun tak paham bila melihat keadaan begini. yang menerima itu semua bukan budak kecil, semua dah matang dan boleh berfikir sendiri

 Jadi apa yang boleh saya katakan bila berlakunya hal sebegini kalau boleh tanam sifat sabar, sebab apa yang diberi oleh kerajaan dengan kita memang dapat cuma lambat atau cepat saja proses dia. Itu saja yang dapat saya nyatakan sebab saya nak tidur hehehe... mengantuk sudah.
Sekian, Waahualam.
KLIK DISINI"Kerana Rm500 nilai kemanusiaan hilang"

Jumaat, 3 Februari 2012

Lumrah Manusia

orang cakap bersungguh2 nie memang selalu tampil lagi hebat. Tapi kekadang, bila diteliti isi bicaranya, kosong berputar arah. Sebaliknya, orang yang cakapnya bersederhana nie memang kurang popular. Tapi kekadang bila diteliti isi bicaranya, terkesima seketika. Lain manusia lain kesukaannya, pilihan sendiri mahu sedap di mata, sedap di telinga, atau sedap di kepala. ;D
KLIK DISINI"Lumrah Manusia"

Sifat merendah diri pada Rasulullah wajar dicontohi

RASULULLAH SAW amat dicintai dan disayangi kerana peribadinya yang mulia. Sifat meredah diri Baginda amat mengagumkan. Jauh sekali untuk Rasulullah SAW bersifat sombong dan angkuh dengan pemilihannya sebagai uswatun hasanah. 

Sedangkan kita, tanpa disedari telah memiliki sifat angkuh dan sombong melalui percakapan, perbualan, tutur kata, suka menunjuk-nunjuk dan mempamerkan sesuatu berselindung dengan hasrat untuk dipuji dan disanjung.
Berbeza Rasulullah SAW yang melihat sombong itu dari sudut yang nyata. Baginda bersabda bermaksud: “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia,” (Riwayat Muslim)
 Ibnul Qayyim, cendekiawan dan ahli fiqh  terkenal, abad ke-13, pernah menyatakan bahawa “sesungguhnya hati manusia berdepan dua ‘penyakit’ yang amat besar, jika orang itu tidak menyedari akan melemparkan dirinya ke dalam kehancuran dan itu adalah pasti, dua ‘penyakit’ itu adalah riak dan takbur...” 

Berkata Imam Al Ghazal, orang yang takbur itu ialah orang yang apabila ditegur, dia marah dan benci, sedangkan kalau dia menegur orang lain, ditegurnya dengan keras dan kasar."  

Sebenarnya sifat sombong dan angkuh lahir daripada naluri seseorang yang diterjemah melalui perilaku dan tutur kata. Melalui sifat itu seseorang berasakan dirinya lebih daripada orang lain dan sentiasa hebat untuk dibandingkan. 

Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan diri sehingga seseorang tidak menyombong diri atas yang lain dan tidak berbuat zalim atas yang lain.” (Riwayat Muslim)  
Rasulullah mencela sikap angkuh dan bangga diri. Daripada Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Ketika seorang lelaki berjalan, dia berbangga terhadap dirinya hingga mengangkat kepalanya ke atas. Dia berjalan dengan sombong seolah-olah bumi tertelan oleh pakaiannya, maka sesungguhnya dia akan terperosok di dalamnya sampai hari kiamat kelak. (Riwayat Syaikhan dan Syaibani)  

Sifat sombong bukan saja pada pangkat dan kedudukan, malah melalui percakapan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang menyeret bajunya dengan tujuan menyombongkan diri, maka Allah tidak akan melihat dirinya di hari kiamat." (Riwayat Syaikhan Nawawi). 

Diriwayatkan daripada Amru bin Syuaib bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Di hari kiamat, orang yang sombong akan dikumpulkan seperti debu halus. Mereka ditutupi oleh kehinaan pada setiap tempat, kemudian diiring ke penjara di neraka jahanam yang disebut Bulas, mereka dilumat oleh api neraka, disiram dengan minuman ahli neraka berupa lumpur yang membinasakan." (Riwayat Ar- Tirmizi dan Syaibani). 

Adi bin Hatim, putra Hatim yang terkenal sangat dermawan pernah menyebut bahawa Rasulullah pernah bersabda bermaksud: "Saudara semua perlu melakukan kebaikan untuk menjauhkan diri daripada api neraka, walaupun saudara hanya memberi sedekah dengan sepotong kurma. Namun, bagi sesiapa yang tidak mampu, bertuturlah dengan tutur kata yang baik." (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Hanya melalui keinsafan dan kesedaran, hidup ini hanya sementara dan tugas kita beribadah kepada Allah dapat mengelakkan sifat sombong dan bangga diri. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan mengangkatnya.” (Muslim) 

Rasulullah SAW ialah manusia yang amat toleran, amat berani, amat adil dan amat bersopan-santun sekali. Baginda tidak menggunakan apa yang ada pada dirinya untuk menjadi suami yang angkuh dan sombong. Sebaliknya, baginda sendiri sering menolong isteri baginda dalam hal rumah tangga. Sebagai pemimpin pula, baginda tidak pernah menggunakan kuasa untuk bersifat angkuh menyombong diri dan mencela orang bawahan. Baginda sentiasa ramah mesra, sopan-santun dan murah hati tanpa memilih puak, darjat dan keturunan. 

Baginda juga tidak pernah membalas setiap cacian dan cercaan orang kafir. Baginda sering menghampiri dengan memuliakan orang miskin dan anak yatim.  Selalu melawat pesakit meskipun rumahnya jauh di pinggir kota, suka kepada yang baik, sering duduk bersama-sama fakir-miskin, memberi makan kepada orang miskin. 

Baginda memuliakan orang miskin dan anak-anak. Daripada Anas bin Malik, katanya: “Rasulullah SAW bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.” (Hadis riwayat Muslim)  

Baginda Rasulullah SAW tidak pernah mengecewakan sesiapapun, tidak berkata melainkan yang hak dan tertawa baginda setakat senyum saja tanpa hilai ketawa. Jelasnya, baginda tidak bersifat sombong dan takbur walaupun amat dimuliakan umatnya. Sombong dan takbur mempunyai pengertian yang sama iaitu antara sifat yang keji dan tercela. Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga. 
KLIK DISINI"Sifat merendah diri pada Rasulullah wajar dicontohi"

Khamis, 2 Februari 2012

Pen Digital mudahkan baca al-Quran





TEKNOLOGI ini bukan sesuatu yang baru, tetapi telah diaplikasi untuk bacaan al-Quran.

Set pen digital al-Quran ini menggunakan teknologi sesentuh, memudahkan pembacaan dan hafalan kitab suci berkenaan.

Dalam konteks mendidik anak-anak, mungkin set pen ini merupakan satu pilihan kerana ia bertindak sebagai pengimbas atau scanner kepada huruf-huruf yang dicetak pada naskhah al-Quran.

Pengarah Gemilang Global Services Sdn Bhd, Ahmad Jeffrie Jayos berkata, al-Quran itu pula diperbuat daripada kertas yang mempunyai kod. Bagaimanapun, pada mata kasar kod-kod berkenaan tidak kelihatan.

Menurutnya, apabila pen digital itu disentuh di mana-mana muka surat al-Quran, ia akan memaklumkan bilangan muka surat, surah dan ayat pada halaman berkenaan.

“Ia mengeluarkan suara bacaan berserta terjemahan dalam bahasa Melayu dan Inggeris,” katanya.

Malah katanya, pen digital itu turut dilengkapi dengan sistem rakaman dan MP3.

“Pen ini mampu menyimpan hampir 480,000 kod tetapi ia tidak berfungsi pada al-Quran biasa kerana tidak memiliki kod.

“Dengan pen digital ini, kita boleh mendengar bacaan apabila ditunjukkan pada ayat yang hendak dibaca.

“Kita juga boleh semak bacaan yang diperdengarkan dan juga sesuai untuk hafalan,” katanya.

Beliau berkata, pen ini juga mampu membantu memperluaskan lagi celik al-Quran dalam kalangan rakyat dan ia boleh juga dimanfaatkan golongan cacat penglihatan.

Disediakan juga Muqaddam yang ada bacaan asas al-Quran berserta surah-surah pendek dan doa-doa harian.

Menurutnya, set tersebut menampilkan bacaan daripada qari terkenal, Syeikh Abdul Basit Abdul Essawad. Ia telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Saya berharap masyarakat dapat memanfaatkan teknologi ini dalam menjadikan masyarakat celik al-Quran,” katanya.

Menurutnya, penghasilan al-Quran dalam bentuk digital sebenarnya adalah untuk membantu umat Islam menjadi lebih dekat kepada al-Quran.

“Alasan tidak ada masa untuk membaca al-Quran kerana sibuk dengan tugasan harian tidak boleh lagi menjadi hujah,” katanya.

Harga untuk satu set yang ditawarkan ialah RM350 dengan jaminan selama setahun.

“Selain itu, pakej ini didatangi dengan gift-box yang sangat menarik. Ia sangat sesuai sebagai hadiah hari jadi, hantaran perkahwinan dan sebagainya,” katanya.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Ahmad Jeffrie di talian 0123667135 atau layari laman web www.ggssb.com.my.
KLIK DISINI"Pen Digital mudahkan baca al-Quran"

Beruntungnya Wanita Dicipta Mempunyai Rahim


Wanita itu telah diciptakan oleh Allah SWT dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan yang tiada pada seseorang lelaki di muka bumi ini.
Allah SWT telah meletakkan perbezaan sifat, perasaan dan fizikal antara seorang lelaki dengan seorang wanita amatlah berbeza.
Wanita telah dicipta dengan mempunyai rahim dalam tubuh badan di mana kehebatannya membuatkan seorang wanita itu boleh mengandung dan melahirkan bayi melalui organ peranakan itu.
Dengan rahim itulah, seseorang wanita mendapat keuntungan sepanjang kehidupannya berbanding lelaki.
Antara kelebihan yang telah Allah SWT gariskan dalam Islam ialah, wanita telah bekerja dengan Allah dengan menjadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan wanita telah diberi cuti ‘bergaji penuh’ iaitu antara tujuh hingga 15 hari dalam sebulan yang meletakkan dirinya tidak wajib untuk menyembah Allah SWT dan dianggap waktu itu solatnya adalah terbaik buat dirinya.
Selain itu, wanita juga mendapat kelebihan cuti bersalin selama 60 hari di mana cuti itu bukanlah cuti yang dibuat-buat. Sebaliknya, cuti yang telah Allah SWT berikan selepas sembilan bulan ‘bekerja’ dengan Allah SWT. Berbeza dengan kaum adam, mereka tidak diberi cuti solat dan hukum menunaikan solat itu wajib bagi dirinya semenjak baligh hinggalah ke akhir hujung nyawa.
Allah SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa sepanjang dia mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya dan terhapuslah segala dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak. Malah, sekiranya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap mati syahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga oleh Allah SWT.
Bagi wanita yang telah bersuami, si isteri akan mendapat ganjaran pahala di atas segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya tetapi tidak menanggung dosa-dosa yang suami lakukan.
Malah, ketika di akhirat nanti, wanita solehah pasti akan terkejut apabila mendapat ganjaran pahala yang berlebihan hasil dari kebaikan yang dilakukan suaminya ketika hidup di dunia dan segala pahala itulah yang dapat membantu suaminya ketika sedang meniti titian Siratulmustaqim untuk menuju masuk ke syurga.
Manakala, suami pula tidak akan pernah terlepas dari tugas-tugas berat untuk mendidik isteri dan anak-anak dari melakukan sebarang dosa kerana di akhirat kelak, suamilah yang akan bertanggung jawab di atas segala kejahatan yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak.
Oleh itu, setiap wanita haruslah menjaga kehormatan diri dan sentiasa taat kepada suami agar sama-sama tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam syariat Islam.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk ‘diluruskan’ oleh lelaki. Tetapi, seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok boleh menghasilkan bayang yang lurus. Luruskan wanita itu dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah SWT kerana sememangnya mereka diciptakan sebegitu rupa.
Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki menjadi huru hara. Lelaki pula, janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kapadaNya.
KLIK DISINI"Beruntungnya Wanita Dicipta Mempunyai Rahim"