BinGit FM

Search

Hulubalang

Selasa, 31 Januari 2012

Bahaya Minuman 3 in 1

Sumber: kosmo Online


Assalamualaikum dan apa khabar Semua? Panglima Harap anda semua sihat, Ok kali ini Panglima nak berkongsi sedikit mengenai keratan akhbar dari kosmo di atas tentang "Bahaya Minuman 3-in-1" seperti yang sedia maklum, bagi orang yang kehidupan mereka yang sentiasa sibuk 3-in-1 ini menjadi Sumber menjimatkan  waktu untuk membuat Air minuman, kerana mudah dan cepat. Seperti Panglima juga adalah penggemar minuman 3-in-1 ni kalau nak bersekang mata waktu malam tengok perlawanan bola sepak di televisyen serta online melayari laman sosial mesti ada gelas dekat sebelah menemani hehehe.. tu dulu,tetapi selepas mendapat teguran dari rakan dan beliau menerangkan kepada Panglima tentang bahaya minum 3-in-1 ni Panglima cuba kurangkan untuk minum, kalau cakap takde minum tu tipu juga tetapi jarang dah.
  


 info mengenai kandungan 3-in-1:
  • Mengandungi lebih tiga sudu gula dalam setiap pek
  • Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut
  • Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
  • Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam
  • Setiap pek turut mengandungi sehingga 200 kalori
  • Jumlah kalori sama dengan dua keping roti atau nasi
  • Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan
  • kandungan untuk meningkat kan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar diperoleh
Sumber: Program Diatetik Pusat pengajian Sains Kesihatan. Universiti sains Malaysia
 Kepada yang gemar minum 3-in-1 ni kalau boleh kurangkan minum dan belajarlah membuat Air kopi, teh atau jus lepas ni, walau pun kurang enak "hentam saja lah belalang janji hitam macam kopi (nujum pak belalang)" .  setakat ini je aktikel yang dapat Panglima kongsi kan harap kita berjumpa lagi, Jikalau ada kesilapan penulisan ini panglima minta maaf yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari kita, 


Sekian, Wallahualam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan