BinGit FM

Search

Hulubalang

Isnin, 6 Februari 2012

Jaga batasan bergurau senda elak guris perasaan

RASULULLAH SAW w bersabda, maksudnya: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!” (Riwayat Abu Daud) 

Gurau senda, berlawak atau jenaka amat digemari manusia. Ia boleh membuat orang ketawa, tersenyum dan rasa gembira walaupun hanya untuk seketika.
Gurau senda dan jenaka boleh menyenangkan hati kerana sifat manusia itu sendiri yang suka kegembiraan dan lapang dada.
Membuat orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah SAW juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat baginda. Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang digariskan oleh Islam seperti tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka terutama mempersenda sunnah Rasulullah SAW. 

Gurauan itu juga bukan satu cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya, gurauan juga bukan mengumpat seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendahkan maruahnya. 

Islam juga mengingatkan umatnya supaya tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan kerana dibimbangi akan melalaikan hati dan fikiran untuk mengingati Allah SWT. 

Islam turut menekan yang isi jenaka itu perlu benar dan tidak direka-reka, bersesuaian dengan masa, tempat dan khalayak kerana tidak manis bergurau ketika seseorang berada dalam kesedihan atau mengikut majlis. 
Sementara itu, jenaka yang boleh membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) perlu dijauhi kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati. 

Bagi umat Islam boleh mencontohi sifat Rasulullah SAW apabila ketawa kerana baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya saja, bukan ketawa berdekah-dekah, mengilai atau terkekeh-kekeh. Ia membawa maksud bahawa selaku seorang muslim, kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan walaupun berjenaka dan bergurau senda. 

Paling utama, umat Islam diharamkan bergurau senda dalam perkara lucah atau menjadikan perlakuan seks sebagai bahan berjenaka kerana ia akan menyebabkan dosa bagi orang yang berjenaka dan mendengarnya. 

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 
KLIK DISINI"Jaga batasan bergurau senda elak guris perasaan"

Sabtu, 4 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul bagi semua umat Muhammad S.A.W

Selawat dan salam bt junjungan nabi Muhammad s.a.w...mari Kita berselawat ke ats baginda dan mghyti perjuangan baginda s.a.w..

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

♥ ..Salam Maulidur Rasul.. ♥

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga"...(Hadis Riwayat Al-Sajary drpd Anas)

Ya ALLAH..,sesungguhnya kami merindui kekasihMU Muhammad S.A.W
KLIK DISINI"Salam Maulidur Rasul bagi semua umat Muhammad S.A.W"

Takut laknat Allah lebih baik, daripada laknat manusia

Assalammualaikum dan apa khabar kepada anda semua yang sudi singgah di Blog Panglima, kali ini saya berkongsi sedikit mengenai keratan akbar yang menarik perhatian saya. Iaitu mengenai Negara jiran kita Brunei, satu sebab juga mengapa saya berkongsi mengenai Negara jiran kita ini. Kerana saya pernah tinggal di Negara tersebut untuk mencari rezeki dan bertemu keluarga disana yang terpisah  hanya dengan sempadan negara sahaja, 'seperti air dicincang tak akan putus' dah nama keluarga kan? hehehe...
 Ok kita teruskan dengan tajuk utama yang berkaitan tentang ini, apa yang saya tahu sedikit untuk dikongsi bersama anda semua. Negara Brunei Darussalam merupakan Negara yang mengamalkan dasar pemerintahan "Melayu Islam Beraja (MIB)" Segala urusan pentabiran Negara ini diurus sendiri oleh Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah, Beliau sendiri juga adalah Perdana Menteri dan dibantu oleh menteri yang dilantik beliau sendiri bukan pilihan rakyat.

 Memetik keratan akbar diatas mengenai "Brunei Lebih Takut Laknat Allah" saya mengambil sedikit apa yang dikata oleh Menteri Hal Ehwal Agama Brunei Zain Serudin iaitu 'yang paling kami takuti laknat Allah. laknatnya bukan pada mereka yang melakukan nya sahaja tetapi semua yang berada di negara ini' alangkah baik nya jika semua permimpin di negara islam bersikap sebegini tidak tunduk dengan perintah manusia yang hanya mahu merosak Agama Islam itu sendiri malah patuh dengan perintah Allah S.W.T . Semoga negara ini mendapat Rahmat dari Allah.
Sekian, Waallahulam.
KLIK DISINI"Takut laknat Allah lebih baik, daripada laknat manusia"

Kerana Rm500 nilai kemanusiaan hilang

Assalamualaikum n selamat pagi untuk korang yang belum tidur lagi pada waktu ni, kali ini saya takde nak kongsikan aktikel berat. Sebab hari ini takde idea nak cari bahan untuk blog ni kepala otak dah memikirkan benda lain hehehe... cuma kali ini saya nak lebih santai je. ok beberapa hari ini saya agak sibuk juga nak buat blog ni lebih menarik, selain buat blog ini saya keluar juga untuk mencari bahan atau ilham dan terdetik di fikiran saya kali ini hendak berkongsi isu semasa keadaan di tempat saya sendiri. 
 Sekarang ini isu terhangat diperkata ialah mengenai BR1M ( Bantuan Rakyat 1Malaysia) semua orang tahu kan perkara ini? jadi benda yang saya nak cerita kan kali ini tentang sikap sesetengah manusia bila mendapat bantuan kerajaan ini, mungkin ada sesetengah tempat ada berlaku perkara yang saya ingin cerita kan ini. Sikap yang saya maksud kan ialah hanya ingin mendapat wang yang berjumlah RM 500 segelintir manusia ini hilang sikap sopan dan kejujuran. Negara kita malaysia ini negara kaya dengan adat, budaya dan kaum yang berbeza, tetapi bila dilihat pada hari ini benda tu seakan pupus oleh segelintir sikap manusia yang mementingkan kebendaan dari nilai murni.
 Mereka hilang pertimbang sangup membantah arahan dari pihak berkuasa yang menjalankan tugas ditempah pengagihan Kupon,yang paling menyedih kan melihat mereka. Apabila membiarkan warga emas serta Oku ini seperti tidak diperduli sangup bersesak dengan warga seperti ini, dimana hilang nya rasa hormat dan timbang rasa mereka antara 1 sama lain. Hanya kerana RM500, kekadang saya pun tak paham bila melihat keadaan begini. yang menerima itu semua bukan budak kecil, semua dah matang dan boleh berfikir sendiri

 Jadi apa yang boleh saya katakan bila berlakunya hal sebegini kalau boleh tanam sifat sabar, sebab apa yang diberi oleh kerajaan dengan kita memang dapat cuma lambat atau cepat saja proses dia. Itu saja yang dapat saya nyatakan sebab saya nak tidur hehehe... mengantuk sudah.
Sekian, Waahualam.
KLIK DISINI"Kerana Rm500 nilai kemanusiaan hilang"

Jumaat, 3 Februari 2012

Lumrah Manusia

orang cakap bersungguh2 nie memang selalu tampil lagi hebat. Tapi kekadang, bila diteliti isi bicaranya, kosong berputar arah. Sebaliknya, orang yang cakapnya bersederhana nie memang kurang popular. Tapi kekadang bila diteliti isi bicaranya, terkesima seketika. Lain manusia lain kesukaannya, pilihan sendiri mahu sedap di mata, sedap di telinga, atau sedap di kepala. ;D
KLIK DISINI"Lumrah Manusia"

Sifat merendah diri pada Rasulullah wajar dicontohi

RASULULLAH SAW amat dicintai dan disayangi kerana peribadinya yang mulia. Sifat meredah diri Baginda amat mengagumkan. Jauh sekali untuk Rasulullah SAW bersifat sombong dan angkuh dengan pemilihannya sebagai uswatun hasanah. 

Sedangkan kita, tanpa disedari telah memiliki sifat angkuh dan sombong melalui percakapan, perbualan, tutur kata, suka menunjuk-nunjuk dan mempamerkan sesuatu berselindung dengan hasrat untuk dipuji dan disanjung.
Berbeza Rasulullah SAW yang melihat sombong itu dari sudut yang nyata. Baginda bersabda bermaksud: “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia,” (Riwayat Muslim)
 Ibnul Qayyim, cendekiawan dan ahli fiqh  terkenal, abad ke-13, pernah menyatakan bahawa “sesungguhnya hati manusia berdepan dua ‘penyakit’ yang amat besar, jika orang itu tidak menyedari akan melemparkan dirinya ke dalam kehancuran dan itu adalah pasti, dua ‘penyakit’ itu adalah riak dan takbur...” 

Berkata Imam Al Ghazal, orang yang takbur itu ialah orang yang apabila ditegur, dia marah dan benci, sedangkan kalau dia menegur orang lain, ditegurnya dengan keras dan kasar."  

Sebenarnya sifat sombong dan angkuh lahir daripada naluri seseorang yang diterjemah melalui perilaku dan tutur kata. Melalui sifat itu seseorang berasakan dirinya lebih daripada orang lain dan sentiasa hebat untuk dibandingkan. 

Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan diri sehingga seseorang tidak menyombong diri atas yang lain dan tidak berbuat zalim atas yang lain.” (Riwayat Muslim)  
Rasulullah mencela sikap angkuh dan bangga diri. Daripada Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Ketika seorang lelaki berjalan, dia berbangga terhadap dirinya hingga mengangkat kepalanya ke atas. Dia berjalan dengan sombong seolah-olah bumi tertelan oleh pakaiannya, maka sesungguhnya dia akan terperosok di dalamnya sampai hari kiamat kelak. (Riwayat Syaikhan dan Syaibani)  

Sifat sombong bukan saja pada pangkat dan kedudukan, malah melalui percakapan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang menyeret bajunya dengan tujuan menyombongkan diri, maka Allah tidak akan melihat dirinya di hari kiamat." (Riwayat Syaikhan Nawawi). 

Diriwayatkan daripada Amru bin Syuaib bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Di hari kiamat, orang yang sombong akan dikumpulkan seperti debu halus. Mereka ditutupi oleh kehinaan pada setiap tempat, kemudian diiring ke penjara di neraka jahanam yang disebut Bulas, mereka dilumat oleh api neraka, disiram dengan minuman ahli neraka berupa lumpur yang membinasakan." (Riwayat Ar- Tirmizi dan Syaibani). 

Adi bin Hatim, putra Hatim yang terkenal sangat dermawan pernah menyebut bahawa Rasulullah pernah bersabda bermaksud: "Saudara semua perlu melakukan kebaikan untuk menjauhkan diri daripada api neraka, walaupun saudara hanya memberi sedekah dengan sepotong kurma. Namun, bagi sesiapa yang tidak mampu, bertuturlah dengan tutur kata yang baik." (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Hanya melalui keinsafan dan kesedaran, hidup ini hanya sementara dan tugas kita beribadah kepada Allah dapat mengelakkan sifat sombong dan bangga diri. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan mengangkatnya.” (Muslim) 

Rasulullah SAW ialah manusia yang amat toleran, amat berani, amat adil dan amat bersopan-santun sekali. Baginda tidak menggunakan apa yang ada pada dirinya untuk menjadi suami yang angkuh dan sombong. Sebaliknya, baginda sendiri sering menolong isteri baginda dalam hal rumah tangga. Sebagai pemimpin pula, baginda tidak pernah menggunakan kuasa untuk bersifat angkuh menyombong diri dan mencela orang bawahan. Baginda sentiasa ramah mesra, sopan-santun dan murah hati tanpa memilih puak, darjat dan keturunan. 

Baginda juga tidak pernah membalas setiap cacian dan cercaan orang kafir. Baginda sering menghampiri dengan memuliakan orang miskin dan anak yatim.  Selalu melawat pesakit meskipun rumahnya jauh di pinggir kota, suka kepada yang baik, sering duduk bersama-sama fakir-miskin, memberi makan kepada orang miskin. 

Baginda memuliakan orang miskin dan anak-anak. Daripada Anas bin Malik, katanya: “Rasulullah SAW bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.” (Hadis riwayat Muslim)  

Baginda Rasulullah SAW tidak pernah mengecewakan sesiapapun, tidak berkata melainkan yang hak dan tertawa baginda setakat senyum saja tanpa hilai ketawa. Jelasnya, baginda tidak bersifat sombong dan takbur walaupun amat dimuliakan umatnya. Sombong dan takbur mempunyai pengertian yang sama iaitu antara sifat yang keji dan tercela. Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga. 
KLIK DISINI"Sifat merendah diri pada Rasulullah wajar dicontohi"

Khamis, 2 Februari 2012

Pen Digital mudahkan baca al-Quran





TEKNOLOGI ini bukan sesuatu yang baru, tetapi telah diaplikasi untuk bacaan al-Quran.

Set pen digital al-Quran ini menggunakan teknologi sesentuh, memudahkan pembacaan dan hafalan kitab suci berkenaan.

Dalam konteks mendidik anak-anak, mungkin set pen ini merupakan satu pilihan kerana ia bertindak sebagai pengimbas atau scanner kepada huruf-huruf yang dicetak pada naskhah al-Quran.

Pengarah Gemilang Global Services Sdn Bhd, Ahmad Jeffrie Jayos berkata, al-Quran itu pula diperbuat daripada kertas yang mempunyai kod. Bagaimanapun, pada mata kasar kod-kod berkenaan tidak kelihatan.

Menurutnya, apabila pen digital itu disentuh di mana-mana muka surat al-Quran, ia akan memaklumkan bilangan muka surat, surah dan ayat pada halaman berkenaan.

“Ia mengeluarkan suara bacaan berserta terjemahan dalam bahasa Melayu dan Inggeris,” katanya.

Malah katanya, pen digital itu turut dilengkapi dengan sistem rakaman dan MP3.

“Pen ini mampu menyimpan hampir 480,000 kod tetapi ia tidak berfungsi pada al-Quran biasa kerana tidak memiliki kod.

“Dengan pen digital ini, kita boleh mendengar bacaan apabila ditunjukkan pada ayat yang hendak dibaca.

“Kita juga boleh semak bacaan yang diperdengarkan dan juga sesuai untuk hafalan,” katanya.

Beliau berkata, pen ini juga mampu membantu memperluaskan lagi celik al-Quran dalam kalangan rakyat dan ia boleh juga dimanfaatkan golongan cacat penglihatan.

Disediakan juga Muqaddam yang ada bacaan asas al-Quran berserta surah-surah pendek dan doa-doa harian.

Menurutnya, set tersebut menampilkan bacaan daripada qari terkenal, Syeikh Abdul Basit Abdul Essawad. Ia telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Saya berharap masyarakat dapat memanfaatkan teknologi ini dalam menjadikan masyarakat celik al-Quran,” katanya.

Menurutnya, penghasilan al-Quran dalam bentuk digital sebenarnya adalah untuk membantu umat Islam menjadi lebih dekat kepada al-Quran.

“Alasan tidak ada masa untuk membaca al-Quran kerana sibuk dengan tugasan harian tidak boleh lagi menjadi hujah,” katanya.

Harga untuk satu set yang ditawarkan ialah RM350 dengan jaminan selama setahun.

“Selain itu, pakej ini didatangi dengan gift-box yang sangat menarik. Ia sangat sesuai sebagai hadiah hari jadi, hantaran perkahwinan dan sebagainya,” katanya.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Ahmad Jeffrie di talian 0123667135 atau layari laman web www.ggssb.com.my.
KLIK DISINI"Pen Digital mudahkan baca al-Quran"