BinGit FM

Search

Hulubalang

Sabtu, 4 Februari 2012

Kerana Rm500 nilai kemanusiaan hilang

Assalamualaikum n selamat pagi untuk korang yang belum tidur lagi pada waktu ni, kali ini saya takde nak kongsikan aktikel berat. Sebab hari ini takde idea nak cari bahan untuk blog ni kepala otak dah memikirkan benda lain hehehe... cuma kali ini saya nak lebih santai je. ok beberapa hari ini saya agak sibuk juga nak buat blog ni lebih menarik, selain buat blog ini saya keluar juga untuk mencari bahan atau ilham dan terdetik di fikiran saya kali ini hendak berkongsi isu semasa keadaan di tempat saya sendiri. 
 Sekarang ini isu terhangat diperkata ialah mengenai BR1M ( Bantuan Rakyat 1Malaysia) semua orang tahu kan perkara ini? jadi benda yang saya nak cerita kan kali ini tentang sikap sesetengah manusia bila mendapat bantuan kerajaan ini, mungkin ada sesetengah tempat ada berlaku perkara yang saya ingin cerita kan ini. Sikap yang saya maksud kan ialah hanya ingin mendapat wang yang berjumlah RM 500 segelintir manusia ini hilang sikap sopan dan kejujuran. Negara kita malaysia ini negara kaya dengan adat, budaya dan kaum yang berbeza, tetapi bila dilihat pada hari ini benda tu seakan pupus oleh segelintir sikap manusia yang mementingkan kebendaan dari nilai murni.
 Mereka hilang pertimbang sangup membantah arahan dari pihak berkuasa yang menjalankan tugas ditempah pengagihan Kupon,yang paling menyedih kan melihat mereka. Apabila membiarkan warga emas serta Oku ini seperti tidak diperduli sangup bersesak dengan warga seperti ini, dimana hilang nya rasa hormat dan timbang rasa mereka antara 1 sama lain. Hanya kerana RM500, kekadang saya pun tak paham bila melihat keadaan begini. yang menerima itu semua bukan budak kecil, semua dah matang dan boleh berfikir sendiri

 Jadi apa yang boleh saya katakan bila berlakunya hal sebegini kalau boleh tanam sifat sabar, sebab apa yang diberi oleh kerajaan dengan kita memang dapat cuma lambat atau cepat saja proses dia. Itu saja yang dapat saya nyatakan sebab saya nak tidur hehehe... mengantuk sudah.
Sekian, Waahualam.
KLIK DISINI"Kerana Rm500 nilai kemanusiaan hilang"

Jumaat, 3 Februari 2012

Lumrah Manusia

orang cakap bersungguh2 nie memang selalu tampil lagi hebat. Tapi kekadang, bila diteliti isi bicaranya, kosong berputar arah. Sebaliknya, orang yang cakapnya bersederhana nie memang kurang popular. Tapi kekadang bila diteliti isi bicaranya, terkesima seketika. Lain manusia lain kesukaannya, pilihan sendiri mahu sedap di mata, sedap di telinga, atau sedap di kepala. ;D
KLIK DISINI"Lumrah Manusia"

Sifat merendah diri pada Rasulullah wajar dicontohi

RASULULLAH SAW amat dicintai dan disayangi kerana peribadinya yang mulia. Sifat meredah diri Baginda amat mengagumkan. Jauh sekali untuk Rasulullah SAW bersifat sombong dan angkuh dengan pemilihannya sebagai uswatun hasanah. 

Sedangkan kita, tanpa disedari telah memiliki sifat angkuh dan sombong melalui percakapan, perbualan, tutur kata, suka menunjuk-nunjuk dan mempamerkan sesuatu berselindung dengan hasrat untuk dipuji dan disanjung.
Berbeza Rasulullah SAW yang melihat sombong itu dari sudut yang nyata. Baginda bersabda bermaksud: “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia,” (Riwayat Muslim)
 Ibnul Qayyim, cendekiawan dan ahli fiqh  terkenal, abad ke-13, pernah menyatakan bahawa “sesungguhnya hati manusia berdepan dua ‘penyakit’ yang amat besar, jika orang itu tidak menyedari akan melemparkan dirinya ke dalam kehancuran dan itu adalah pasti, dua ‘penyakit’ itu adalah riak dan takbur...” 

Berkata Imam Al Ghazal, orang yang takbur itu ialah orang yang apabila ditegur, dia marah dan benci, sedangkan kalau dia menegur orang lain, ditegurnya dengan keras dan kasar."  

Sebenarnya sifat sombong dan angkuh lahir daripada naluri seseorang yang diterjemah melalui perilaku dan tutur kata. Melalui sifat itu seseorang berasakan dirinya lebih daripada orang lain dan sentiasa hebat untuk dibandingkan. 

Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan diri sehingga seseorang tidak menyombong diri atas yang lain dan tidak berbuat zalim atas yang lain.” (Riwayat Muslim)  
Rasulullah mencela sikap angkuh dan bangga diri. Daripada Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Ketika seorang lelaki berjalan, dia berbangga terhadap dirinya hingga mengangkat kepalanya ke atas. Dia berjalan dengan sombong seolah-olah bumi tertelan oleh pakaiannya, maka sesungguhnya dia akan terperosok di dalamnya sampai hari kiamat kelak. (Riwayat Syaikhan dan Syaibani)  

Sifat sombong bukan saja pada pangkat dan kedudukan, malah melalui percakapan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang menyeret bajunya dengan tujuan menyombongkan diri, maka Allah tidak akan melihat dirinya di hari kiamat." (Riwayat Syaikhan Nawawi). 

Diriwayatkan daripada Amru bin Syuaib bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Di hari kiamat, orang yang sombong akan dikumpulkan seperti debu halus. Mereka ditutupi oleh kehinaan pada setiap tempat, kemudian diiring ke penjara di neraka jahanam yang disebut Bulas, mereka dilumat oleh api neraka, disiram dengan minuman ahli neraka berupa lumpur yang membinasakan." (Riwayat Ar- Tirmizi dan Syaibani). 

Adi bin Hatim, putra Hatim yang terkenal sangat dermawan pernah menyebut bahawa Rasulullah pernah bersabda bermaksud: "Saudara semua perlu melakukan kebaikan untuk menjauhkan diri daripada api neraka, walaupun saudara hanya memberi sedekah dengan sepotong kurma. Namun, bagi sesiapa yang tidak mampu, bertuturlah dengan tutur kata yang baik." (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Hanya melalui keinsafan dan kesedaran, hidup ini hanya sementara dan tugas kita beribadah kepada Allah dapat mengelakkan sifat sombong dan bangga diri. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan mengangkatnya.” (Muslim) 

Rasulullah SAW ialah manusia yang amat toleran, amat berani, amat adil dan amat bersopan-santun sekali. Baginda tidak menggunakan apa yang ada pada dirinya untuk menjadi suami yang angkuh dan sombong. Sebaliknya, baginda sendiri sering menolong isteri baginda dalam hal rumah tangga. Sebagai pemimpin pula, baginda tidak pernah menggunakan kuasa untuk bersifat angkuh menyombong diri dan mencela orang bawahan. Baginda sentiasa ramah mesra, sopan-santun dan murah hati tanpa memilih puak, darjat dan keturunan. 

Baginda juga tidak pernah membalas setiap cacian dan cercaan orang kafir. Baginda sering menghampiri dengan memuliakan orang miskin dan anak yatim.  Selalu melawat pesakit meskipun rumahnya jauh di pinggir kota, suka kepada yang baik, sering duduk bersama-sama fakir-miskin, memberi makan kepada orang miskin. 

Baginda memuliakan orang miskin dan anak-anak. Daripada Anas bin Malik, katanya: “Rasulullah SAW bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.” (Hadis riwayat Muslim)  

Baginda Rasulullah SAW tidak pernah mengecewakan sesiapapun, tidak berkata melainkan yang hak dan tertawa baginda setakat senyum saja tanpa hilai ketawa. Jelasnya, baginda tidak bersifat sombong dan takbur walaupun amat dimuliakan umatnya. Sombong dan takbur mempunyai pengertian yang sama iaitu antara sifat yang keji dan tercela. Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga. 
KLIK DISINI"Sifat merendah diri pada Rasulullah wajar dicontohi"

Khamis, 2 Februari 2012

Pen Digital mudahkan baca al-Quran





TEKNOLOGI ini bukan sesuatu yang baru, tetapi telah diaplikasi untuk bacaan al-Quran.

Set pen digital al-Quran ini menggunakan teknologi sesentuh, memudahkan pembacaan dan hafalan kitab suci berkenaan.

Dalam konteks mendidik anak-anak, mungkin set pen ini merupakan satu pilihan kerana ia bertindak sebagai pengimbas atau scanner kepada huruf-huruf yang dicetak pada naskhah al-Quran.

Pengarah Gemilang Global Services Sdn Bhd, Ahmad Jeffrie Jayos berkata, al-Quran itu pula diperbuat daripada kertas yang mempunyai kod. Bagaimanapun, pada mata kasar kod-kod berkenaan tidak kelihatan.

Menurutnya, apabila pen digital itu disentuh di mana-mana muka surat al-Quran, ia akan memaklumkan bilangan muka surat, surah dan ayat pada halaman berkenaan.

“Ia mengeluarkan suara bacaan berserta terjemahan dalam bahasa Melayu dan Inggeris,” katanya.

Malah katanya, pen digital itu turut dilengkapi dengan sistem rakaman dan MP3.

“Pen ini mampu menyimpan hampir 480,000 kod tetapi ia tidak berfungsi pada al-Quran biasa kerana tidak memiliki kod.

“Dengan pen digital ini, kita boleh mendengar bacaan apabila ditunjukkan pada ayat yang hendak dibaca.

“Kita juga boleh semak bacaan yang diperdengarkan dan juga sesuai untuk hafalan,” katanya.

Beliau berkata, pen ini juga mampu membantu memperluaskan lagi celik al-Quran dalam kalangan rakyat dan ia boleh juga dimanfaatkan golongan cacat penglihatan.

Disediakan juga Muqaddam yang ada bacaan asas al-Quran berserta surah-surah pendek dan doa-doa harian.

Menurutnya, set tersebut menampilkan bacaan daripada qari terkenal, Syeikh Abdul Basit Abdul Essawad. Ia telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Saya berharap masyarakat dapat memanfaatkan teknologi ini dalam menjadikan masyarakat celik al-Quran,” katanya.

Menurutnya, penghasilan al-Quran dalam bentuk digital sebenarnya adalah untuk membantu umat Islam menjadi lebih dekat kepada al-Quran.

“Alasan tidak ada masa untuk membaca al-Quran kerana sibuk dengan tugasan harian tidak boleh lagi menjadi hujah,” katanya.

Harga untuk satu set yang ditawarkan ialah RM350 dengan jaminan selama setahun.

“Selain itu, pakej ini didatangi dengan gift-box yang sangat menarik. Ia sangat sesuai sebagai hadiah hari jadi, hantaran perkahwinan dan sebagainya,” katanya.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Ahmad Jeffrie di talian 0123667135 atau layari laman web www.ggssb.com.my.
KLIK DISINI"Pen Digital mudahkan baca al-Quran"

Beruntungnya Wanita Dicipta Mempunyai Rahim


Wanita itu telah diciptakan oleh Allah SWT dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan yang tiada pada seseorang lelaki di muka bumi ini.
Allah SWT telah meletakkan perbezaan sifat, perasaan dan fizikal antara seorang lelaki dengan seorang wanita amatlah berbeza.
Wanita telah dicipta dengan mempunyai rahim dalam tubuh badan di mana kehebatannya membuatkan seorang wanita itu boleh mengandung dan melahirkan bayi melalui organ peranakan itu.
Dengan rahim itulah, seseorang wanita mendapat keuntungan sepanjang kehidupannya berbanding lelaki.
Antara kelebihan yang telah Allah SWT gariskan dalam Islam ialah, wanita telah bekerja dengan Allah dengan menjadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan wanita telah diberi cuti ‘bergaji penuh’ iaitu antara tujuh hingga 15 hari dalam sebulan yang meletakkan dirinya tidak wajib untuk menyembah Allah SWT dan dianggap waktu itu solatnya adalah terbaik buat dirinya.
Selain itu, wanita juga mendapat kelebihan cuti bersalin selama 60 hari di mana cuti itu bukanlah cuti yang dibuat-buat. Sebaliknya, cuti yang telah Allah SWT berikan selepas sembilan bulan ‘bekerja’ dengan Allah SWT. Berbeza dengan kaum adam, mereka tidak diberi cuti solat dan hukum menunaikan solat itu wajib bagi dirinya semenjak baligh hinggalah ke akhir hujung nyawa.
Allah SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa sepanjang dia mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya dan terhapuslah segala dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak. Malah, sekiranya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap mati syahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga oleh Allah SWT.
Bagi wanita yang telah bersuami, si isteri akan mendapat ganjaran pahala di atas segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya tetapi tidak menanggung dosa-dosa yang suami lakukan.
Malah, ketika di akhirat nanti, wanita solehah pasti akan terkejut apabila mendapat ganjaran pahala yang berlebihan hasil dari kebaikan yang dilakukan suaminya ketika hidup di dunia dan segala pahala itulah yang dapat membantu suaminya ketika sedang meniti titian Siratulmustaqim untuk menuju masuk ke syurga.
Manakala, suami pula tidak akan pernah terlepas dari tugas-tugas berat untuk mendidik isteri dan anak-anak dari melakukan sebarang dosa kerana di akhirat kelak, suamilah yang akan bertanggung jawab di atas segala kejahatan yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak.
Oleh itu, setiap wanita haruslah menjaga kehormatan diri dan sentiasa taat kepada suami agar sama-sama tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam syariat Islam.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk ‘diluruskan’ oleh lelaki. Tetapi, seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok boleh menghasilkan bayang yang lurus. Luruskan wanita itu dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah SWT kerana sememangnya mereka diciptakan sebegitu rupa.
Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki menjadi huru hara. Lelaki pula, janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kapadaNya.
KLIK DISINI"Beruntungnya Wanita Dicipta Mempunyai Rahim"

Adakah Anda Sedang stress? lakukan ujian.

Assalamualaikum dan apa khabar, saya harap anda semua sihat. kali ini saya hendak berkongsi sedikit info mengenai Stress. Hanya untuk rujukan dan mereka yang memerlukan, jadi kalau ada masa luangkan lah sedikit untuk membaca aktikel ini. Kerana membaca juga bagus untuk kesihatan minda kita.


Apa itu stress??
Berikut adalah beberapa Penjelasan (definisi) mengenai Stress
  • Stress ialah keadaan atau perasaan yang dialami apabila seseorang berasa tuntutan melebihi kemampuan peribadi dan daya soisal yang mampu di gerakkannya
  • Stress ialah suatu tindak balas bukan spesifik tubuh terhadap rangsangan yang diterima. Rangsangan tersebut boleh jadi ancaman , cabaran atau sebarang perubahan yang memerlukan tubuh membuat penyesuaian. tinda balas ini automatik. Stress yang positif dikenali sebagai 'eustress' sementara stress yang negatif dikelali sebagai 'distress'. (Dr. Hans Selye dan Philip W. Long, 1995).
  • Stress ialah persepsi dan pernilaian individu terhadap persekitaran. Setiap individu mempunyai pandangan yang unik terhadap persekitaran. Oleh itu, Aspek persekitaran tertentu mungkin dianggap signifikan dan menyebabkan stress oleh segolongan individu namu tidak memberi kesan terhadap segolongan individu lain (Sharpe robert, 1995).
Ujian Stress:


Kalau anda melihat gambar bulatan diatas bergerak ini bermakna Anda sedang stress, anda perlukan rehat yang cukup. Hakikat nya gambar tersebut tidak bergerak. Bagaimana strategi terbaik untuk menangani Stress? iaitu mengubah gaya hidup yang sihat, seperti melakukan senaman rutin, meditasi (fisiologi) dan Tidur yang cukup. Selain dari fizikal, mental harus juga dijaga dengan mengubah cara berfikir daripada negatif kepada positif.
  Kita perlu sedar bahawa stress memang sukar untuk dielakkan. Stress yang berlaku sekarang akan berterusan tanpa mengira jantina, umur, kelas sosial, profesional dan zaman. stress tidak semestinya membahaya malah boleh menjadi Aset selagi stress tersebut dapat dikawal oleh kita sendiri. Walau bagaimanapun, memandangkan kebanyakan stress menyebabkan impak yang tidak diingini dan tidak dapat dielakkan, Adalah penting untuk individu tahu menangani stress dengan sewajarnya

Sekian, Wallahualam.

KLIK DISINI"Adakah Anda Sedang stress? lakukan ujian."

Rabu, 1 Februari 2012

Lelaki lebih terdedah pada diabetes jenis 2



SEORANG pengkaji dari Universiti Glasgow, Scotland, Profesor Naveed Sattar berkata lelaki lebih terdedah kepada penyakit diabetes jenis 2 berbanding wanita disebabkan faktor biologi dan pemakanan.

Kenyataannya itu berdasarkan kajian terhadap 51,290 lelaki dan 43,137 wanita di Scotland dengan mengambil kira berat badan, faktor kegemukan serta indeks jisim badan (BMI) mereka.

Kata Sattar dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Diabetologia itu, kebanyakan lemak lelaki tersimpan di dalam organ seperti limpa dan buah pinggang manakala wanita di pinggul dan muka.

Diabetes jenis 2 terjadi disebabkan terlalu banyak gula dalam badan hingga merosakkan buah pinggang dan organ lain.

Katanya lagi, penyakit itu dapat dicegah dengan mengurangkan berat badan berlebihan, makan makanan yang sihat dan seimbang selain selalu bersenam.
KLIK DISINI"Lelaki lebih terdedah pada diabetes jenis 2"