Assalamualaikum dan apa khabar semua, kali ini saya hendak berkongsi entri mengenai ilmu perubatan tentang mata iaitu "Misteri yang timbul pada Mata''. Setelah anda melihat pada gambar yang ditunjukkan diatas, Anda semua mungkin pernah mengalami dan tertanya apa yang bergerak pada mata ketika anda menumpu sepenuh nya terhadap benda yang dilihat. Kadang-kadang benda ini menganggu penglihatan kita sendiri, malah saya sendiri pun tertanya ketika zaman kanak-kanak dan geram melihat benda yang bergerak pada mata. Sehingga saya bermain untuk mengejar pada penglihatan saya tetapi tak dapat, ia lebih pantas bergerak bila kita tumpukan perhatian betul-betul. Itu kisah zaman kanak-kanak semuanya hendak dimain hehehe...
Jadi untuk mencari jawapan dan persoalan yang dicari sejak kecil lagi. Hari ini saya cuba mencari jawapan, benda yang timbul bergerak pada mata kita itu dikenali sebagai 'Eye Floaters'. Apakah 'eye floaters'?eye floater adalah kondisi biasa pada retina mata kita ketika "aging process" (sekitar umur 50 tahun keatas) dimana kita dapat melihat seperti wujudnya tompokan terapung (floating spot) sama ada berbentuk tompokan, garis2 lurus atau berlengkung, berbentuk O atau C pada penglihatan kita.Ini adalah akibat daripada perubahan yang berlaku pada kejernihan cecair Vitrous.
Sebarang keadaan yang menjejaskan kejernihan vitreous humor boleh menyebabkan simtom- simtom floaters.Apabila usia bertambah, jeli vitreous secara semulajadi akan menjadi lebih cair dan menyebabkan terbentuknya ‘poket- poket` kecil (vitreous syneresis) yang mengandungi cecair vitrous. Ruang di antara syneresis inilah yang kelihatan sebagai floaters.
Selain itu, collagen fibre di dalam vitreous humor juga boleh menjadi tebal dan padat apabila usia bertambah dan menyebakan ia kelihatan sebagai floaters. Keadaan ini biasanya dialami oleh orang yang berusia 50 tahun ke atas. PVD (Posterior Retinal Detachment) pula berlaku apabila struktur gelatine vitreous menjadi kecut. 50% daripada orang yang berusia 65 tahun ke atas biasanya mengalami keadaan ini.
Selain itu, sebarang keabnormal di dalam mata juga boleh menyebabkan floaters seperti kewujudan sebarang bentuk sel di dalam vitreous, sel darah merah yang disebakan oleh pendarahan dan sel darah putih yang disebabkan oleh inflammation (keradangan)
Floater tidaklah berbahaya hanya mengganggu kosentrasi penglihatan kita, tetapi perlunya pemeriksaan doctor bagi memastikan kewujudan floaters itu tiada kaitan dengan abnormality mata lain yang boleh memudaratkan.
RAWATAN.
Kebanyakan floaters akan mengecil dan menjadi pudar dengan sendiri lama kelamaan. Floaters juga boleh berubah kedudukan menyebabkan bayangan menjadi lebih pudar. Selain itu, saraf dalam otak juga boleh menjadi ‘terbiasa’ dengan kewujudan floater dan mengabaikannya. Lama kelamaan ketidakselesaan yang berlaku disebabkan floaters akan berkurangan dan hilang.Sebenarnya , “there is no safe or proven method to get rid of the eye of the eye floater symptoms” yang di sebabkan oleh PVD (Posterior Retinal Detachment) dan (vitreous syneresis).
Walaupun terdapat sesetengah herba, vitamins dan produk yang mengandungi iodin dikatakan efektif dalam mengurangkan eye floaters, tiada satu pun yang mendapat pengesahan secara klinikal bahawa ia benar2 berkesan. Dalam sesetengah kes yang agak luar biasa dimana eye floater adalah akibat daripada sel darah putih dalam jeli vitreous yang terjadi daripada keradangan ataupun jangkitan kuman, ubat pencegahan keradangan atau antibiotics akan mengurangkan jumlah sel darah putih tersebut.
Rawatan oral seperti mnggunakan eyemo dan lain2 tiada memberi apa2 kesan pemulihan terhadap eye floaters secara klinikal.
Rawatan secara pembedahan.
Terdapat 3 jenis rawatan yang telah diperkenalkan untuk merawati eye floaters ni. Akan tetapi tiada bukti secara klinikal yang ia benar-benar berkesan.
1. pembedahan vitrectomy
2. pembedahan laser.
3.sutureless vitrectomy.
Sekian, Waallhualam
KLIK DISINI"Misteri Yang Timbul Pada Mata"